Hair Dryer Punca Rambut Gugur & Rosak - Lespettua
0

Hair Dryer Punca Rambut Gugur dan Rosak

Hair Dryer Punca Rambut Gugur dan Rosak

Hair Dryer punca rambut rosak? Siapa dekat sini suka pakai hair dryer? Disebabkan semua benda nak cepat dan mudah saja memang hair dryer ni satu keperluan untuk perempuan atau pun lelaki. Tapi betul ke selalu pakai hair dryer ni rambut cepat rosak dan boleh buat rambut menjadi kerap gugur.

Sebenarnya ada betulnya jugak JIKA korang tak jaga. Ianya disebabkan haba yang melampau pada rambut dan membuatkan rambut korang cepat rosak. 

Okay ini ada beberapa cara utk kurangkan kerosakan rambut gugur  jika kita memang pengguna tegar hair dryer ni:

1) Tetapkan suhu yang sedang-sedang atau sederhana

Jika ada bau terbakar waktu korang guna hair dryer tu petanda suhu terlampau panas. Jadi  sebaiknya korang tetapkan suhu sederhana terutamanya bagi yang mempunyai rambut nipis.

2) Sikat dengan terlalu kuat

Sebelum guna hair dryer tu, rambut mesti basah kan. Jadi sikat rambut secara lembut dan perlahan. Sebab ketika rambut basah , rambut lagi mudah untuk gugur. Penggunaan sikat yang sesuai dengan rambut pun memainkan peranan tau. Jika guna jenis sikat tak sesuai dengan jenis rambut, itu yang selalu bergumpal dan putus tu.

3) Keringkan rambut naturally

Paling baik keringkan rambut secara natural tanpa guna hair dryer. Lepas mandi tu,balutkan kepala dengan tuala and biarkan kering time korang bersiap!

Dengan cara ni rambut akan lebih sihat sekaligus elak rambut korang daripada cepat rosak dan kering.

Sumber dari Twitter

Jika korang ada masalah rambut gugur yang melampau,  korang boleh check Kemiri Shampoo keluaran Lespettua ni:

Result dari pelanggan kami yang memakai produk Lespettua:

Nak tau lebih tips untuk dari Lespettua? Follow kami di Twitter @lespettua ! ????

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *